Mengenai Pahang Corp
Pahang Corp adalah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang yang ditubuhkan pada 21hb Mac 2019.
Penubuhan Pahang Corporation adalah untuk mengkaji cadangan pelaburan dari aspek pulangan dan risiko perniagaan serta memantau perlaksanaan aktiviti perniagaan yang diceburi oleh syarikat-syarikat di bawah kumpulan Pahang Corp.
Pahang Corp juga akan berfungsi sebagai peneroka sektor baharu yang menjanjikan pulangan pendapatan lebih baik kepada Kerajaan Negeri.
Sebagai peneraju utama, Pahang Corp menjadi syarikat utama kepada Pahang Corporate Management Services, Koridor Utiliti Pahang, Pahang Water Energy and Resources Sdn Bhd, dan juga PahangGo.
Visi & Misi
Lembaga Pengarah Pahang Corp
PENGERUSI
MENTERI BESAR PAHANG
PENGARAH
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG
PENGARAH
PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG
PENGARAH
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI PAHANG
PENGARAH
PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI PAHANG
PENGARAH
EXCO NEGERI PAHANG
PENGARAH
PEGAWAI PELABURAN NEGERI PAHANG
PENGARAH
PESARA KERAJAAN
Aktiviti Perniagaan Kumpulan
01
PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTANAH
02
PENGURUSAN SUMBER AIR MENTAH
03
PENGURUSAN TENAGA
04
PENGURUSAN KOPORAT
05
PENGURUSAN UTILITI
06
PENDIGITALAN EKONOMI
Anak Syarikat Pahang Corp
Berita & Media
01/04/2022
Lima buah anak syarikat Pahang Corp iaitu Pahang Corporate Management Services Sdn Bhd (PCMS), Pahang Water and Energy Resources Sdn Bhd (PWE), Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bh (ORACO), Koridor Utiliti Pahang Sdn Bhd (KOP) dan Pahang Go Sdn Bh (PGSB) memainkan peranan tersendiri dalam menyumbang kepada Kerajaan Negeri.
06/07/2022
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng di sini, dijadual bermula tahun depan dengan kos RM2 bilion dan beroperasi pada 2026, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata, pembinaan lapangan terbang itu juga dibuat dengan rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar, yang disifatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang.
01/04/2022
Kerajaan Pahang memberi jaminan semak dan imbang sentiasa boleh dilakukan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pahang sekiranya syarikat terlibat tidak diaudit Jabatan Audit Negara. .Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja-kerja audit boleh dilaksanakan sama ada secara dalaman atau audit luar bagi memastikan wujudnya akauntabiliti dan ketelusan.